Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata orang yang terlibat dalam amalan rasuah adalah golongan berkuasa dengan tujuan untuk terus berkuasa dan lebih kaya.

Selain itu katanya, ramai pegawai antirasuah telah membayar harga pengorbanan yang besar demi tugas mereka membanteras rasuah.

Beliau berkata demikian dalam dalam ucapan utama sempena pelancaran Yayasan Juara Antirasuah Antarabangsa Perdana di Putrajaya.

Beberapa bekas pegawai kanan kerajaan mendapat pengiktirafan istimewa daripada Dr Mahathir Mohamad malam tadi kerana keberanian mereka mendedahkan skandal 1MDB.

Menyatakan penghargaan itu, Mahathir berkata, mereka ialah bekas peguam negara, Abdul Gani Patail, Dr Zeti Akhtar Aziz (bekas gabenor Bank Negara) dan Mohd Shukri Abdull (bekas ketua pesuruhjaya SPRM).