Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 3.6 peratus pada suku keempat berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Bank Negara, ia dikatakan kadar paling rendah dalam satu dekad lalu disebabkan pengeluaran kelapa sawit, minyak mentah dan gas asli yang jauh lebih rendah

Kejatuhan eksport akibat perang perdagangan Amerika Syarikat dan China juga menjadi faktor.

Kadar pengembangan itu adalah jauh daripada unjuran 4.2 peratus seperti dibuat dalam tinjauan Reuters, dan lebih rendah daripada 4.4 peratus pada suku ketiga.

Pertumbuhan 2019 adalah pada 4.3 peratus.

Angka itu adalah di bawah paras unjuran kerajaan iaitu pada 4.7 peratus dan yang paling lemah sejak 2016.

Bank Negara Malaysia berkata, wabak koronavirus di China akan menjejaskan pertumbuhan negara pada 2020, khususnya pada suku pertama.