Jika isu peralihan kuasa tidak dapat dimuktamadkan, kerajaan perlu membubarkan Dewan Rakyat dan menyerahkan kembali soal itu kepada rakyat, kata Majlis Profesor Negara (MPN).

Presiden dan CEO MPN Profesor Dr Raduan Che Ros menyifatkan isu peralihan kuasa antara Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim adalah perkara utama yang perlu diselesaikan segera.

"Kalau ada keikhlasan, perlu diberi perhatian kepada isu utama iaitu peralihan kuasa yang masih terawang-awangan.

"Kalau susah sangat, MPN gesa bubar Parlimen serah kembali kepada rakyat," katanya dalam sidang media di Kajang, hari ini.

Turut sama dalam sidang media itu ialah Pengerusi MPN Profesor Ulung Dr Shamsul Amri Baharuddin.