Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata, kenyataan WHO bahawa jangkitan Covid-19 akan berleluasa perlu dilihat dalam konteks sewajarnya kerana Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu.

WHO dalam satu kenyataan hari ini menasihatkan kerajaan Malaysia membuat persediaan bagi kemungkinan penyebaran lebih meluas Covid-19 yang telah menjangkiti lebih puluhan ribu orang dan meragut nyawa lebih 1,000 orang di China.

Pengarah WHO bagi rantau Pasifik Barat Dr Takeshi Kasai berkata, maklumat terkini menunjukkan virus itu mungkin lebih mudah tersebar daripada data awal yang dicadangkan.

Namun ia bukan bermakna penyakit itu akan tersebar dengan mudah di Malaysia atau tempat lain.