Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Ahmad Kasim menolak surat daripada naib presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin yang memohon untuk menangguhkan pendengaran terhadapnya.

Bagaimanapun, dalam kenyataan hari ini, beliau berkata bahawa lembaga disiplin bersetuju memberi tempoh hingga 20 Februari untuk Zuraida menghadiri pendengaran disiplin

Ini selepas mengambil kira tugasnya selaku menteri perumahan dan kerajaan tempatan.

Menurut Ahmad, alasan yang diberikan oleh Zuraida meminta penangguhan pendengaran selepas menerima notis saman daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution dan Pengerusi PKR Perak Farhash Wafa.

Katanya lagi, oleh kerana kes ini kes sivil dan bukan kes jenayah, maka Lembaga Disiplin memutuskan akan meneruskan sesi pendengaran untuk kes Zuraidah.