Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) semalam meminta supaya Yang DiPertuan Agong dan Raja-raja Melayu supaya campur tangan bagi menangani puak pelampau yang memainkan isu-isu sensitif. <br /><br />Naib Pengerusi Pembela Masridzi Sat berkata, isu ini masih tidak berkesudahan kerana merasakan kerajaan gagal menangani kumpulan-kumpulan ini secara tegas. <br /><br />Menurut beliau lagi, terdapat sesetengah pihak yang memayungi kumpulan-kumpulan pelampau sedangkan apa yang telah dibuat sebelum ini jelas menunjukkan mereka bersifat perkauman.
