Pindaan undang-undang atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mempertingkatkan hukuman terhadap pemandu mabuk akan dibawa ke Parlimen bulan depan.<br /><br />Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, pihaknya akan cuba mempercepatkan proses pindaan rang undang-undang itu.<br /><br />Namun ia bergantung kepada Jabatan Peguam Negara sekiranya dapat menyediakan draf pindaan undang-undang tersebut untuk sesi Parlimen Mac ini.
