Surprise Me!

COVID-19: Pelajar Malaysia di Australia dihalau dari rumah sewa

2020-02-13 795 Dailymotion

Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang dari Malaysia menyambut perayaan Tahun Baru Cina mendapat kejutan yang tidak disangka.
Ini apabila tuan rumah sewanya di Perth menghalaunya keluar kerana bimbang dia kemungkinan dijangkiti koronavirus.

Menurut laporan oleh Australian Broadcasting Corporation, pelajar yang tidak dinamakan itu keliru dengan tindakan tuan rumahnya itu memandangkan dia tidak berada mana-mana kawasan berdekatan dengan China atau bandar Wuhan.

Dia telah mengunjungi Malaysia pada 24 Jan dan pulang semula ke bilik sewanya di di Perth dan mendapati kunci telah ditukar.

Tambahnya, satu notis amaran turut disertakan.

Difahamkan tuan rumah tersebut telah menghantar teks mesej kepadanya ketika percutiannya, tetapi dia hanya menerima mesej itu selepas tiba di Australia.

Buy Now on CodeCanyon