Surprise Me!

Ada 'muslihat licik' tapi Dr M tak terlibat, kata Anwar

2020-02-14 878 Dailymotion

Presiden PKR Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat "muslihat licik" memujuk anggota parlimen menyediakan akuan berkanun bagi menyokong kepimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sehingga habis penggal.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim berkata demikian dalam satu kenyataan selepas bertemu dengan Mahathir bagi membincangkan isu mengenai peralihan kuasa.

Bagaimanapun menurut Anwar, Dr Mahathir tidak terlibat dalam usaha tersebut.

Menurutnya lagi, beliau cenderung agar Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) hujung tahun ini.

Perbincangan mengenai peralihan kuasa di antara kedua-dua mereka akan dimuktamadkan pada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan minggu depan.

Buy Now on CodeCanyon