Satu projek kondominium, The Address yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa baru saja runtuh sebentar tadi.

Dalam satu rakaman video yang dimuatnaik di laman Facebook, bangunan itu runtuh dan telah menimpa beberapa orang pekerja pembinaan projek itu.

Menurut kenyataan pihak bomba, anggaran jumlah mangsa yang sebenar terlibat masih belum dapat dipastikan. Bagaimanapun, pihak bomba telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Projek kondominium ini telah dibantah oleh Gabungan Lindungi Taman Desa sejak 2017 kerana ia pernah dikategorikan sebagai kawasan hijau di bawah Pelan Induk Kuala Lumpur 2020.

Bagaimanapun, bantahan mereka tidak diendahkan dan tindakan undang-undang mereka terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak berjaya.

Sumber video: M Gunasekar dan Amuthan Anamuthan