Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Malaysia tidak akan membenarkan mana-mana kapal asing berlabuh di negara terutamanya kepada mereka yang enggan berkongsi maklumat penting diperlukan pihak berkuasa.

Menurutnya, Jabatan Imigresen melaporkan ada permohonan berlabuh daripada dua kapal persiaran dari Hong Kong, iaitu kapal Westerdam dan Sapphire Princess.

Tegas Wan Azizah, kerajaan mengambil ketetapan itu sebagai usaha mengekang penyebaran wabak Covid-19.

Wan Azizah berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat khas jawatankuasa peringkat tinggi Pengurusan Bencana Pusat mengenai wabak Covid-19.

Kapal Westerdam yang pernah memasuki Hong Kong sebelum ke Taiwan pada 1 Februari pada mulanya berhasrat untuk berlabuh di Malaysia, telah mendapat kebenaran untuk berlabuh di Cambodia semalam.

Manakala Sapphire Princess telah selamat berlabuh di Singapura.