Satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial semalam menunjukkan sekumpulan pelajar di Universiti Jamia Milia Islamia (JMI) di New Delhi diserang oleh anggota polis India.

Beberapa anggota polis dirakam masuk ke kawasan perpustakaan universiti itu dan memukul para pelajar dengan baton.

Video yang dirakam pada 15 Disember lalu didedahkan oleh Jamia Coordination Committee, satu kumpulaan pelajar dan alumni Universiti JMI.

Insiden itu berlaku selepas beberapa hari berlakunya pertempuran di antara pihak polis India dan para penunjuk perasaan yang membantah undang-undang baru kewarganegaraan di India.