Surprise Me!

Syed Saddiq Ketua Bersatu Muar yang baru

2020-02-17 1,423 Dailymotion

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, kini memegang jawatan Ketua Bersatu Muar.

Ini selepas beliau dipilih anggota parti itu menggantikan penyandang, Shahruddin Md Salleh yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Syed Saddiq berkata tanggungjawab yang digalasnya kini adalah cukup berat.

Menurutnya, sebagai antara ketua bahagian termuda, kekuatan akar umbi hingga ke peringkat pusat perlu diperkasa, dan segala gerak kerja parti perlu terus diperkukuh.

Katanya lagi, beliau mahukan Muar yang aman damai dan berpontensi menjadi maju serta memberi kehidupan yang berkualiti kepada para penduduknya.

Pada pemilihan itu juga, Syed Saddiq turut mempertahankan jawatan selaku ketua pemuda Bersatu Muar.

Buy Now on CodeCanyon