Berikutan penularan wabak penyakit Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan orang ramai mengambil langkah pencegahan di antaranya dengan menggunakan topeng muka terutamanya semasa berada di luar dan kawasan tumpuan orang ramai.

Berikutan itu, orang ramai telah membuat pembelian bagi mendapatkan topeng muka dalam talian mahupun daripada orang persendirian.

Namun dalam satu kenyataan di laman Facebook, pihak polis mendedahkan terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah mengambil kesempatan dengan menjual topeng muka yang tidak wujud dalam talian.

Oleh itu pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menyemak kesahihan sesuatu pautan di portal SemakMule dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi pemindahan wang .