Beberapa orang wakil penduduk kawasan Taman Desa hari ini menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berkenaan isu kondo runtuh di Taman Desa pagi ini.

Ketika satu sidang media pagi ini selepas Teresa melawat kawasan runtuhan tersebut, wakil penduduk itu cuba membetulkan kenyataan yang dibuat oleh Teresa mengenai projek itu.

Teresa bagaimanapun enggan menjawab pertanyaan mereka dan meneruskan sidang medianya bersama pemberita.

Ketika ditemui pemberita selepas itu, seorang wakil penduduk, Khong KY berkata, mereka telah cuba mengadakan sesi perjumpaan awam bersama Teresa sebelum ini namun tidak dilayan.