Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh bekas pemimpin parti PKR, William Leong semalam sebagai "menyedihkan".

Dalam satu majlis kupasan politik semasa di Damansara semalam , William yang juga ahli parlimen Selayang menyatakan, sekarang adalah masa untuk menggunakan ‘pelan B’ bagi memastikan berlaku peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Turut serta dalam program itu adalah bekas anggota Parlimen Kapar G Manivannan, bekas ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor dan penulis buku pro Anwar, Shahbudin Husin.

Dalam satu laporan akhbar hari ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, tindakan sebegitu tidak mencerminkan sikap wakil rakyat kerajaan walaupun ia adalah hak demokrasi.

Katanya adalah sesuatu yang menyedihkan jika ada ahli parti yang masih mahu turun ke jalan, seolah-olah masih tidak boleh berkelakuan seperti kerajaan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa di sini semalam