Surprise Me!

Neelofa bangkit semula, bina kilang susu pisang

2020-02-17 2,947 Dailymotion

Teruk dihimpit kontroversi sebelum ini, namun ia tidak mematahkan semangat pelakon dan pengacara popular, Neelofa, untuk terus melebarkan langkahnya dalam dunia perniagaan.

Kali ini dia mengusahakan kilang mengeluarkan susu pisang pula.

Kata Neelofa, jika dikenang semula, isu susu pisang yang pernah mengundang perhatian pelbagai pihak - termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu - memang boleh membuat air matanya tumpah.

Katanya lagi, walaupun pada mulanya bimbang dengan penerimaan orang ramai, produk berkenaan akhirnya mendapat permintaan ramai.

Buktinya, susu pisang itu dikeluarkan sebanyak 2.6 juta paket dalam tempoh 2 bulan.

Menurut pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu, kilang berkenaan dibina di lokasi berkeluasan satu ekar.

Neelofa ditemui pada majlis penjenamaan semula perniagaannya, Naelofar, di Kuala Lumpur kelmarin.

Terdahulu, susu pisang keluaran Neelofa itu ditempelak pelbagai pihak termasuk di kalangan doktor, selain mengundang kegusaran ramai pihak selepas didakwa boleh merawat beberapa gejala penyakit.

Buy Now on CodeCanyon