Surprise Me!

Malaysia paling cepat umum pakej rangsangan ekonomi - Menteri Kewangan

2020-02-17 463 Dailymotion

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu pakej rangsangan ekonomi akan diumumkan pada Khamis depan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, adalah antara yang terawal diumumkan.

Ini di sebalik dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kerajaan Malaysia tidak cukup pantas mengawal tekanan ekonomi yang disebabkan oleh penyebaran wabak Covid-19.

"Ada pihak yang mengatakan kita terlalu cepat, kerana masih belum jelas lagi apa kesan sebenarnya."

"Kalau kita lihat negara-negara lain, mereka umum lebih lewat dari Malaysia."

Pakej rangsangan tersebut dibentuk bagi membantu sektor-sektor yang terjejas akibas Covid-19.

Buy Now on CodeCanyon