Empat hotel Tabung Haji (TH) di Kota Kinabalu, Bayan Lepas; Alor Setar dan Kuala Terengganu dipindah milik kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJ).

Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan media TH sebentar tadi setelah tular makluman yang dikatakan notis dalaman oleh TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR).

TH berkata empat hotel itu akan diteruskan bawah anak syarikat milik penuh UJ, UJ Property Management Sdn Bhd (UJPM) bermula 1 April.

Hotel-hotel itu juga akan dikenali dengan nama baru Raia Hotel dan kekal dengan dengan konsep patuh syariah.

TH juga berkata tiada kakitangan akan diberhentikan kerja. Bagaimanapun 10 peratus pekerjanya akan diserap oleh hotel TH di Kelana Jaya, Petaling Jaya.

Sementara itu, menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa di Twitternya hari ini berkata empat hotel berkenaan merupakan antara 29 aset Tabung Haji yang mengalami kerugian.