Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga artis Ashraf Sinclair yang meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi di Jakarta.

Di laman Twitter dan Facebook Dr Wan Azizah berkata “Takziah buat keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair yang kembali ke rahmahtullah hari ini.

“Semoga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman."

Ashraf, 40 tahun pernah membintangi filem 'Gol & Gincu', meninggal dunia di Jakarta pada 4.51 pagi tadi.

Ashraf meninggalkan seorang balu iaitu seorang pelakon dan penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari dan seorang anak lelaki yang baru berusia 10 tahun, Noah Aidan Sinclair.