Bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott membuat pendedahan "tahap tertinggi" bahawa kerajaan Malaysia sejak awal percaya, tragedi MH370 adalah plot bunuh diri.

Kenyataan itu dibuat dalam dokumentari bertajuk 'MH370: The Untold Story' yang bakal ditayangkan di Australia minggu ini.

Menurut laporan The Australian, Abbot berkata, , sejak awal lagi peringkat tertinggi kerajaan Malaysia sendiri telah memahami bahawa ia adalah jenayah bunuh diri yang dilakukan oleh juruterbang tersebut.

Beliau juga mendakwa telah diberitahu sendiri oleh kepimpinan tertinggi kerajaan Malaysia mengenai hal tersebut tetapi enggan menamakan pemimpin-pemimpin tersebut.

Pesawat malang berkenaan dipandu oleh Kapten Malaysia, Zaharie Ahmad Shah.

Abbot merupakan perdana menteri Australia apabila pesawat itu hilang pada 8 Mac 2014.

Kehilangan pesawat penumpang Boeing 777, yang hilang daripada radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing terus membingungkan pakar penerbangan, ahli keluarga dan masyarakat dari seluruh dunia.

Operasi mencari pesawat berakhir pada Mei 2018 apabila syarikat carigali yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity gagal mengesan pesawat tersebut sepanjang lebih dari tiga bulan.