Pemergian mengejut pelakon Malaysia Ashraf Sinclair semalam telah memberi kesan yang besar kepada orang ramai, apatah lagi kepada isterinya, penyanyi dan aktres terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari .

Ashraf Sinclair yang meninggal dunia awal pagi semalam akibat serangan jantung, pada usia 40 tahun telah disemadikan di tanah perkuburan San Diego Hills, Jakarta.

Menurut laporan media Indonesia, Detik, Ketua Pegawai Eksekutif San Diego Hills, Suziani Japardy berkata, Bunga bukan saja menempah liang lahad untuk arwah Ashraf malah untuk dirinya jua.

Pengurusnya, Doddy telah menghubungi pihak San Diego Hills dan menempah makan tersebut dengan harga 75 ribu ringgit.

Menurut Suziani, pada awalnya pihak San Diego Hills menawarkan kawasan liang lahad yang lain namun ditolak oleh Bunga kerana mahu dikuburkan di sebelah suaminya.