Surprise Me!

Saya tak tahu siapa pegawai tinggi dimaksudkan Abbott - IGP

2020-02-19 1,352 Dailymotion

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador hari ini menyatakan beliau tidak tahu siapa pegawai tinggi Malaysia yang dimaksudkan sebagaimana yang didakwa oleh bekas perdana menteri Australia, Tony Abbott.

Tony Abbott dalam satu dokumentari yang akan disiarkan hari ini mendakwa, pihak tertinggi kerajaan Malaysia pernah memberitahunya bahawa tragedi MH370 merupakan satu plot bunuh diri.

Katanya, berikutan tiada rangka pesawat dan mayat mangsa yang berjaya ditemui menyebabkan tiada sebarang rumusan yang boleh dibuat mengenai kes itu walaupun pasukan penyiasat telah menyiasat kes itu dari pelbagai sudut.

Tambahnya, terpulang kepada Abbott untuk membuat kenyataan tersebut kepada pihak media memandangkan beliau pernah menjawat jawatan perdana menteri Australia.

Buy Now on CodeCanyon