Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof menyelar sesetengah pihak yang menjadikan Lim Guan Eng sebagai sasaran di media sosial.

Ini berhubung keputusan Tabung Haji yang memindahkan pemilikan rangkaian hotel TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) kepada anak syarikat milik kementerian kewangan.

Dalam satu ciapannya di laman Twitternya, Mujahid memaparkan gambar pemimpin DAP tersebut dengan kata-kata "musuh Islam nombor satu, darahnya halal.”

“Nampak sangat isu TH dibawa kepada kebencian dan fitnah untuk menghalalkan kebencian mereka."

“Saya tegaskan semua keputusan dirujuk kepada akta TH ie Menteri Agama yang bertanggungjawab bukan Menteri Kewangan... awas jangan murah dan mudah halalkan darah orang!", katanya di Twitter.

Mengulas isu itu, Mujahid menegaskan bahawa sebarang keputusan berkaitan Tabung Haji adalah urusannya selaku menteri agama mengikut Akta Tabung Haji dan bukannya menteri kewangan.

Sebelum ini, Mujahid turut berkongsi satu lagi imej palsu yang mendakwa Lim mempengerusikan mesyuarat Tabung Haji.