Garis panduan penganjuran Terengganu, yang bakal melarang wanita menari dan menyanyi di khalayak ramai, khususnya khalayak lelaki akan dikuatkuasakan di negeri itu dalam tempoh terdekat.

Ia merupakan sebahagian dari 11 garis panduan yang telah diumumkan pada 11 Oktober 2018.

Menurut The Star, Exco Pelancongan, Budaya, dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman berkata bahawa garis panduan itu sepatutnya berkuat kuasa pada Januari lalu tetapi ditangguhkan.

Walau bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa larangan itu akan dilaksanakan "tidak lama lagi" setelah kekangan undang-undang sedia ada diselesaikan.

Ariffin juga berpendapat bahawa garis panduan itu tidak akan menjejaskan sektor pelancongan.