Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman enggan menyatakan pendiriannya berhubung penubuhan Pakatan Nasional sebaliknya mahu menumpukan isu-isu penting melibatkan golongan belia.

Beliau berkata, banyak isu yang dekat dengan hati anak muda perlu diberi tumpuan khususnya isu pekerjaan.

"Saya agak yakin majoriti anak muda semua ingin melihat masalah asas mereka diselesaikan dahulu. Fokus pada perkara itu.

Beliau diminta mengulas desas-desus kononnya bakal wujud kerjasama baharu politik dinamakan Pakatan Nasional membabitkan sebahagian parti Pakatan Harapan dengan UMNO dan PAS.