Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pihaknya kini menyasarkan kira-kira 300,000 peluang pekerjaan untuk anak muda iaitu Malaysia@Work dan ia sudah dibentangkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di kabinet dan telah pun dipersetujui semua jemaah menteri.<br /><br />“Manakala terlebih dahulu, dana sebesar RM6.5 bilion sudah diperuntukkan oleh Kementerian Kewangan selepas Perdana Menteri memberi lampu hijau meneruskan program itu.<br /><br />“Malaysia kerja, graduan kerja, wanita muda lepas bersalin, industri TVET juga akan dibincangkan tentang dana sebaik mungkin dapat dijadikan jalan penyelesaian isu pengangguran anak muda,” tegasnya lagi.