Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menuntut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bermesyuarat esok supaya menetapkan satu tarikh khusus bagi peralihan kuasa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Komunikasi Pemuda PKR Selangor, Mohd Khairool Ngadon, berkata ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pemuda PKR Negeri, Mohd Najwan Halimi.

Jelasnya lagi, Anwar bersama Majlis Presiden PH pastinya berupaya memutuskan tarikh peralihan jawatan memandangkan wujud percubaan pihak tertentu dari dalam dan luar untuk menimbulkan suasana politik yang tidak menentu.

Baru-baru ini, Anwar mendakwa Ahli Parlimen Umno, PAS dan segelintir PKR menandatangani akuan bersumpah (SD) yang mahu Mahathir kekal sehingga habis penggal.