Dua penumpang warga Jepun yang menaiki kapal persiaran Diamond Princess yang dikuarantin sebelum ini kerana dijangkiti wabak COVID-19 dilaporkan telah meninggal dunia.

Lapor agensi berita NHK yang memetik sumber kerajaan berkata mangsa adalah seorang lelaki dan seorang wanita berusia sekitar 80an.

Sebelum ini media melaporkan lebih 620 penumpang dan kru kapal persiaran itu disahkan dijangkiti Covid-19 di dalam kapal tersebut.

Daripada jumlah tersebut, dua rakyat Malaysia juga disahkan positif dan masih menerima rawatan di Jepun.