Meskipun kadar jangkitan Covid-19 di Wuhan, China semakin menurun, seorang pakar perubatan penyakit berjangkit menyuarakan rasa bimbang akan kemungkinan kewujudan pusat penyebaran baru wabak tersebut.

Menurut Dr Christopher Lee, beliau memberikan perhatian khusus terhadap perkembangan di negara jiran Singapura.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini dan KiniTV, bekas ketua Unit Penyakit Berjangkit di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu merujuk kepada penyebaran wabak itu di Singapura.

Setakat hari ini, terdapat 84 kes dilaporkan di Singapura di mana 4 orang kritikal.