Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim hari ini menyatakan tekanan tidak seharusnya diberikan kepada beliau dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam soal peralihan kuasa.<br /><br />Ketika ditemui pemberita petang tadi, beliau mengulangi bahawa kedua-dua mereka dan Majlis Pakatan Harapan akan memastikan peralihan kuasa itu berjalan lancar dan mereka akan terus bekerja sebagai satu kumpulan.<br /><br />Ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan menjadi ahli kabinet sebelum peralihan kuasa, Anwar menyatakan perkara itu bukan sebahagian dari rancangan.