Nor Hidayah Mohd Ali sebelum ini berkongsi satu rakaman video di Instagram memaparkan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey tidak berganjak melihat wajah bapa menerusi telefon bimbit.

Tidak petah lagi untuk menzahirkan rasa rindu, namun tindak tanduk Hamzah menyentuh wajah bapanya di skrin telefon bimbit membuatkan peminat tersentuh hati.

"Sabar wahai sayangku, Hamzah kena kuat seperti ayah. Ayah sentiasa tengok Hamzah," tulis kapsyen pada video tersebut.

"ALLAH, mengalir air mata bila ibu melihat Hamzah dengar lagu arwah ayahnya. Dengar dan lihat, baru dia berhenti menangis." Demikian ungkapan balu Allahyarham Abam Bocey setelah melihat gelagat anaknya yang seolah-olah merindui bapanya.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan yang mengahwini Nor Hidayah pada 2017 meninggalkan seorang cahaya mata lelaki.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 10 Februari lalu akibat demam panas.