Kerajaan sekali lagi menyatakan tidak akan menghalang kemasukan pelancong dari China kecuali dari bandar-bandar yang ditutup oleh kerajaan China. <br /><br />Menurut Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail walaupun perkara itu dibincangkan, namun dalam mesyuarat hari ini diputuskan tiada keperluan untuk perkara itu.<br /><br />Bagaimanapun, saringan ketat akan dijalankan kepada pelancong China dan rakyat Malaysia yang baru pulang dari China dalam masa 14 hari.