Surprise Me!

Veteran DAP, Lim Kit Siang tiba di ibu pejabat DAP

2020-02-24 5,262 Dailymotion

Veteran DAP, Lim Kit Siang, tiba di ibu pejabat parti itu di Pudu pagi ini.

"Kami ada mesyuarat lepas ni," katanya semasa ditemui media di pintu masuk bangunan tersebut.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu enggan menjawab soalan lain yang dikemukakan wartawan.

Sebelum Lim, kelihatan tiba lebih awal ialah Ketua Wanita DAP, Chong Eng; Adun Teratai, Lai Wai Chong; dan Adun Ayer Keroh, Kerk Chee Yee.

Difahamkan DAP mengarahkan semua wakil rakyat dan senatornya untuk hadir ke mesyuarat parti itu di Kuala Lumpur.

Hal itu selaras dengan ketibaan ramai pemimpin DAP setakat ini. Antaranya Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy; Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham; Soon Lip Chee (Adun Bagan Jermal) dan A Sivanesan (Sungkai).

Buy Now on CodeCanyon