Indeks KLCI Bursa Malaysia menurun 35.74 mata kepada 1495.46 pagi ini ketika pasaran dalam keadaan tidak menentu.

Ini berikutan ketidaktentuan situasi politik berikutan gerakan penjajaran baru politik di Malaysia.

Nilai ringgit Malaysia juga melemah berbanding dolar Amerika Syarikat, menjadi RM4.2215 setakat ini.

Mengulas prestasi Bursa Malaysia, bekas Perdana Menteri Najib Razak berkata, sama ada Pakatan Harapan kekal, tumbang atau parlimen dibubarkan, kestabilan mesti dikembalikan secepat mungkin.