Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini menyatakan partinya memuji pegangan berprinsip Dr Mahathir kerana enggan bekerjasama dengan Umno yang "korup".<br /><br />Dalam satu kenyataan hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat panjang kepimpinan DAP hari ini, beliau mengesahkan satu laporan media mengenai perkara itu.<br /><br />"Dr M telah menyatakan dengan jelas, bahawa beliau tidak boleh bekerja dengan UMNO, apabila kita telah bertungkus-lumus untuk menolak UMNO secara berjayanya dalam PRU18", kata Lim Guan Eng.