Surprise Me!

Maszlee Malik nafi keluar Bersatu

2020-02-25 2 Dailymotion

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malik menafikan beliau keluar Bersatu.

Ketika diajukan pemberita berhubung spekulasi itu, Maszlee berkata: "Saya mahu masuk pejabat Bersatu sekarang, kenapa saya mahu keluar? Bila saya keluar?" katanya sambil tersenyum.

Sementara itu, Setiausaha politik Azmin Ali, Hilman Idham dilihat masuk ke bangunan yang menempatkan ibu pejabat Bersatu.

Hilman, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, kelihatan cuba mengelak bercakap dengan media ketika berjalan masuk.

Bagaimanapun, apabila ditanya tentang kehadirannya di situ, dia hanya berkata dia hadir "untuk mesyuarat".

Buy Now on CodeCanyon