Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin adalah yang pertama tiba di kediaman perdana menteri interim, Dr Mahathir Mohamad.

Keretanya dilihat dipandu masuk pada jam 8.05 pagi.

Ia disusuli dengan ketibaan Mukriz Mahathir pada jam 8.10 pagi dan Rina Harun jam 8.20 pagi.

Selepas pertemuan dengan Dr Mahathir selama sejam lebih, mereka dilihat keluar dari kediaman beliau pada jam 9.36 pagi.

Difahamkan mereka ke rumah Dr Mahathir bagi memujuk beliau tidak melepaskan jawatan Pengerusi Bersatu.

Semalam, selepas pengumuman meletak jawatan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad turut melepaskan kedudukan sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).