"Just another day in the office" atau terjemahannya “Seperti biasa satu hari lagi di pejabat.”

Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi di Instagram, Twitter dan Facebook beliau tiga keping gambar dirinya sedang bekerja di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Beliau dilihat memasuki bangunan Perdana Putra, yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri pada 9.29 pagi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim, selepas menerima peletakan jawatan beliau sebelum itu pada hari yang sama.