Setiausaha Agung UMNO, Annuar Musa hari ini menyatakan pihak pembangkang tidak pernah melakukan sebarang perbincangan dengan parti Bersatu. <br /><br />Malah katanya, atas rasa tanggunggjawab mereka terpaksa 'berkorban' menyokong kepimpinan Dr Mahathir Mohamad ketika itu bagi menstabilkan negara dengan segera.<br /><br />Ini berikutan kejatuhan Pakatan Harapan selepas Bersatu membuat keputusan untuk meninggalkan pakatan tersebut.