Seramai 300 Orang Asli membuat demonstrasi di hadapan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor bagi menyatakan bantahan mereka terhadap pemansuhan status Hutan Simpan Kuala Langat Utara.

Mereka yang hadir menaiki 8 buah bas tiba di lokasi itu pukul 11.15 pagi.

Tujuan mereka membuat demonstasi itu kerana bimbang dengan penempatan mereka di dalam hutan yang bakal terjejas.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan kira-kira 40 peratus Hutan Simpan Kuala Langat Utara sudah rosak disebabkan kebakaran dan pencerobohan serta tidak lagi mempunyai elemen hutan lama atau hutan dara.

Menurutnya, kerajaan negeri berpendapat bahawa kawasan itu sesuai dibangunkan seiring dengan pembangunan sekeliling selain turut terbabit dalam jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).