Anggota Parlimen Amanah tampak ceria ketika rombongan mereka tiba di Istana Negara hari ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar Dr Mujahid Yusof Rawa juga sempat memberhentikan keretanya di hadapan media.

"Kita letak harapan tinggi hari ini, ada harapan"

"Doakan kami," katanya tanpa ulas panjang dan kereta beredar.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 90 ahli Parlimen bagi mendengar sendiri pandangan dan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.

Hari ini pula, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian baki 132 daripada 222 ahli Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani kemelut politik yang melanda negara sejak Isnin lalu.