Anwar Ibrahim tinggalkan istana sambil disambut laungan “reformasi”, "PM8" oleh penyokongnya yang setia menunggu di luar istana sejak pagi tadi.

Anwar dan ahli-ahli parlimen PH mula keluar istana pada pukul 12.49 tengah hari tadi.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 90 ahli Parlimen bagi mendengar sendiri pandangan dan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.

Hari ini pula, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian baki 132 daripada 222 ahli Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani kemelut politik yang melanda negara sejak Isnin lalu.