Ketua biro strategi dan dasar Bersatu Rais Hussin mendedahkan bahawa Umno dan PAS tidak menuntut supaya DAP dikecualikan daripada kerajaan perpaduan yang diketuai oleh Dr Mahathir Mohamad.

Dalam temu bual dengan Astro Awani malam semalam, Rais berkata hanya ada dua syarat yang dikemukakan.

Beliau berkata syarat pertama ialah Umno dan PAS mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan campuran secara en bloc atau keseluruhan.

Syarat kedua ialah mereka mahu menjadi sebahagian daripada kerajaan perpaduan pada kadar segera.

Petang semalam, Umno dan PAS mengadakan sidang akhbar bersama untuk mengumumkan bahawa mereka menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan perpaduan kerana tidak mahu bersama DAP.