Bekas Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin hari ini mengalirkan airmata ketika membuat ucapan terakhir kepada kakitangan kementerian itu.<br /><br />Dalam ucapannya, beliau menyeru supaya kakitangan memberi kepercayaan yang sama kepada sesiapa sahaja yang bakal dilantik menjadi menteri yang baru.<br /><br />Tambahnya lagi, beliau bangga dapat menerajui kementerian itu sepanjang 20 bulan lepas.