Arab Saudi menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah, bertujuan membendung jangkitan wabak COVID-19.

Kementerian Luar Arab Saudi dalam satu kenyataan memaklumkan, penggantungan itu termasuk bagi program ziarah Masjid Nabi di Madinah.

Menurut kenyataan itu lagi, penggantungan turut membabitkan individu yang menggunakan visa pelancong dari negara-negara yang terjejas akibat COVID-19.

Setakat ini, tiada kes positif COVID-19 dilaporkan di Arab Saudi kecuali melibatkan seorang warganya yang ketika ini berada di Kuwait dan ditahan di sana untuk menerima rawatan.