Perikatan Nasional dijangka mengambil alih kerajaan negeri Melaka dengan sokongan dua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) iaitu dari DAP dan PKR

Mereka adalah Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee, dari DAP yang juga dikenali sebagai 'Hulk', dan Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis, dari PKR.

Jailani pada sidang akhbar bersama Adun BN dan Bersatu hari ini, berkata, bahawa mereka tidak meninggalkan parti masing-masing tetapi menyokong kerajaan negeri baru dalam kapasiti peribadi.

Kerajaan Pakatan Harapan Melaka tumbang minggu lalu susulan tindakan Bersatu meninggalkan gabungan itu.