Menteri Besar Johor yang baru, Hasni Mohammad hari ini mengumumkan senarai exconya yang baru, yang mengangkat sumpah di Istana Bukit Serene pagi ini.

Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang dan bekas adun PKR di Pemanis, Chong Fat Full merupakan sebahagian dari 10 senarai exco.

Sementara itu, dua Adun dari Bersatu iaitu Tosrin Jarvanthi dan Solehan Badri dikekalkan daripada senarai exco yang lama.

Keseluruhannya, barisan exco terdiri dari 4 Adun UMNO, 4 persatu, 1 dari MIC and seorang Adun bebas.

Hasni menggelar barisan exco ini sebagai Exco Makmur Johor.