Anggota Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu mendakwa berdasarkan maklumat yang diperolehi ketika menyandang jawatan menteri pertahanan, perancangan mewujudkan kerajaan pintu belakang dengan menggulingkan kerajaan PH sudah lama berjalan.
“Saya tak faham apa yang berlaku pada dunia politik sampai ke peringkat ini untuk mengejar kuasa.

“Sebenarnya perancangan untuk menggulingkan kerajaan PH telah lama berjalan. Mereka memainkan orkestra yang dirancang bersama, sebab jangan lupa, saya ni menteri pertahanan.

“Saya dah dapat laporan risik, tapi sebagai menteri saya tak bolehlah dedahkan tu semua, sikit-sikit bolehlah,” katanya.