Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke menyatakan terdapat sesetengah menteri PH sebelum ini tidak menjalankan tugas dengan baik kerana fokus dalam usaha merebut kuasa.

"Mengapa tak perform? Sebahagian menteri-menteri kita dalam kerajaan dulu mereka bukannnya kerja untuk rakyat,"

"Mereka setiap hari setiap malam cari jalan nak berkomplot merebut kuasa,"

Beliau merujuk kepada bekas menteri-menteri PH seperti Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang telah menyertai Perikatan Nasional.

Katanya walaupun mereka berjaya merebut kuasa, tetapi kuasa itu tidak akan kekal lama kerana bukan daripada mandat rakyat.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah pada Jelajah Harapan pertama di Tapak Rakan Muda, Taman Sri Andalas di sini, malam tadi.